kawan eraa

Saturday 4 August 2012

andai aku BATU KONKRIT !

yaa. aku mahu menjadi seperti batu konkrit. yang kuat. yang kukuh. yang tidak dapat ditembusi apa-apa. adakah aku mampu? sudah tentu tidak. tidak pada saat ini. mata dilinangi air yang tidak tahu dari mana puncanya. kalau aku boleh jadi sekuat BATU KONKRIT. mungkin aku redah semua ini dengan mudah.

tapi siapa aku? aku cuma manusia biasa. yang pasti ditolak juga jatuh. dicubit juga sakit. dipukul juga menjerit. bagaimana dengan hati? hati tidak punya mulut untuk menjerit. tidak punya tangan untuk memberikan tindakbalas. ia berada jauh di dalam menelaah anggota badan kita & tiada siapa tahu akan bentuknya pada saat ini.

bila aku kenang segala kata-kata itu, aku menangis. aku bertanya pada diri. sampai bilakah tangisan ini akan kering? kadang kala, apabila aku dalam kegembiraan. aku mulai teringat. lalu, aku menyorok dibalik selimut. ak rembeskan semahu-mahunya segala perit yang aku rasa. syukurlah mereka tidak mendengarnya.

aku bangun dari tidurku, aku lihat sang setiaku, tiada satu pun khabar yang aku terima. aku menunggu. terus menunggu. punah tiada.

adakah mereka lupa pada ku? kalau ada yang mahu memahamiku saat ini. aku perlukan satu pelukan semangat. kerana semangatku telah jauh terbang di atas sana. ingin aku gapai semula tapi tenagaku bagai telefon bimbit yang telah kehabisan bateri.

adakah kamu sudah lupa akan kewujudan ku? atau aku telah lenyap dalam ingatan kamu.

hari-hariku saat ini penuh luka. tiada siapa cuba memahaminya. hanya aku. aku dan cuma aku. kerana aku yang menghadapinya.

kadang kala, aku menekan pada perkataan CUKUP

pemberian apa lagi yang aku perlu berikan. setelah aku berikan kebanggaan buat kamu. ia umpama kertas kosong tidak bermakna. adakah itu masih tidak cukup?

aku dilayan layak seperti kain buruk. walau ia dicuci. ia tetap hodoh.

perlukah aku pergi? pergi menjauh. jauh dari segalanya. jauh dari masalah ini?

Ya Allah. aku tidak kuat untuk terus mencoretkan hari-hariku dengan kehibaan. aku mohon berilah aku jalan :'(

kiranya kalian membaca, aku ingin katakan. tiada CINTA yang lebih agung, tiada CINTA yang luar biasa selain CINTA aku pada kalian. CINTA darah yang mengalir sama.

aku hanya minta untuk difahami. lebih baik masa itu terundur semula agar saat ini kalian merasa bahagia & aku tidak merasa apa-apa.

siapa yang telah mengerti, pastinya dia tahu apa yang terjadi. walau hanya dibalik kata-kata yang tersembunyi isi pentingnya.

benarkan saya pergi jika saya tidak diterima. :'(


Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

No comments: