kawan eraa

Wednesday 30 January 2013

#cerita dengan blog lagi bagus

Assalamualaikum? hai hai hai semua!

happynyaaaaa hari ni. tak tau kenapa happy sangat. selalunya kalau kita happy mesti nak share dengan semua orang kan? apa lagi dengan orang yang kita sayang. mesti meleter panjang cerita ntah apa-apa yang seronok sangat kita nak cerita kan? kemain eksaited lagi. saya tau ramai di kalangan kita ni, happy ke sedih ke semua nak share facebook, blog, twitter, friendster, mungkin Vlog dan semua semua y sewaktu dengannya.

macam saya juga. tapi saya lagi proper cerita semua perkara dengan tunang. well, masa ni memang masa kitorang nak saling memahami diri masing-masing dengan berkongsi bermacam cerita. kadang-kadang cerita yang tak berapa nak seronok pun nak cerita juga. hehe.

macam-maciaamm situasi orang pompuan bila nak bercerita dengan boify ke tunang ke atau mungkin laki ke. maciaaamm ;

"abanggg, abg tau tadikan sayang kan pegi jalan-jalan, sayang nampak tudung sayang beli, sayang nampak baju sayang beli. sayang nampak beg sayang beli, sayang nampak kasut sayang beli" -pergh. nampak sangat materialistik. semua nak beli. kalau jadi isteri mampuih. hahaha

"abanggg, tadikan tadikan sayang kentut" -pergh. ini dah over. semua nak cerita. jujur sangat. hahaha

"abanggg, abg tadi sayang jalan-jalan sayang nampak orang minta sedekah, sayang taknak bagi sebab poyooo je semua tu" -ceh. ni lagi satu kedekut haji bakhil. dah taknak sedekah menghina pula.

"abanggg, abg tadikan sayang beli kipas warna warni ni.


comel tak? ada comel macam sayang tak? mestilah kan?" -tak leh blah. hahaha

dan ada juga, yang macam ni ...

"abanggg, abang tadikan sayang jalan, sayang beli barang, lepastu sayang singgah sini, singgah sana, kaka tu cakap macam ni 'bla bla bla', sayang cakap macam ni 'bla bla bla', lepas tu, *ketawa sendiri* sayang terjumpa kawan sayang. apa lagi kitorang pun pegi sana pegi sini, *senyum* tapi jangan jeles tau, kawan sayang tu perempuan juga. abang? abang? abang? ABANGGG?!!!!"

"HAAA?! ABANG TIDUR???!!!"

boleh pula dia tidur sambil hisap jari.




penat sayang cerita. rupanya abg dah nyenyak dilamun mimpi. cerita dengan blog lagi bagus. SEDIH.

btw, Selamat Malam abang.




Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

#weeding preparation

Assalamualaikum WBT dan salam salam salam ~

rasa penat sangat. semalam baru lepas 'renovate' blog ni. kemain lagi bersengkang mata. lepas subuh je terus buat entri baru. hokaloh. 

siapa yang pernah baca entri saya sebelum ni mungkin dah tau yang saya dah dilamar orang. dan sekarang dah diikat orang dan dan dan bakal menjadi isteri orang. maka dengan itu, hari-hari selepas pertunangan saaaaangat-sangat sibuk. memandangkan saya juga sibuk dengan bisnes sendiri. namun saya juga tak pernah abaikan tanggungjawab yang bakal saya pikul sebulan setengah dari sekarang. 

syukur Alhamdulillah. Allah SWT tidak pernah putus memberikan rezeki buat diri ini. *penuh kesyukuran. 

saya rasa baru semalam kenal dengan tunang. tuptup tak lama lagi status saya bertukar married. saya pun dah macam kawan-kawan saya,

"eraa, macam xcaya je kawan aku ni bakal jadi isteri orang tak lama lagi"
"eraa, sampai sekarang aku masih xcaya kau ni tunang orang"

lebih kurang macam tu la kawan-kawan asyik cakap kat saya. saya baru habis study bulan 11, 2012. so, mungkin kerana itu lah kawan-kawan masih tak percaya. apatah lagi saya dengan tunang tidak pernah bercinta sebelum diikat. tiba-tiba dah nak kahwin. syukur ke hadrat Ilahi. saya yakin dengan keputusan untuk mendirikan rumahtangga ini dan saya yakin jalan yang Allah tunjukkan ini adalah jalan terbaik buat diri ini.

Alhamdulillah, baru selesai memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar, sebagai seorang ketua pelajar juga, dan tak lama lagi bakal memikul tanggungjawab baru yang tentunya pada saya satu cabaran yang sangat getir untuk dilalui. siapa kata bertunang tu best? memang. tapi kena kuat dari segala segi. kena tahan tomahan orang. kena sabar dengan jarak pemisah. macam saya dengan tunang terpisah dek laut china selatan. 

saya tak tau apa yang tunang saya buat secara detailnya. so, saya cuba untuk memahami dia. dan memahami tu adalah benda yang paling sukar kalau kita takde rasa nak bertolak ansur langsung. Alhamdulillah, cabaran itu dapat kami atasi. walaupun kesalahan sekecil zarah, jangan lupa untuk saling maaf memaafi. itulah yang sering saya dan tunang lakukan. maaf dan memaafi. 

sedikit tips dalam hubungan, saya mohon sangat-sangat khasnya pada wanita di luar sana yang bakal mendirikan rumahtangga dan telah berumahtangga, bertolak ansur lah dalam semua perkara. memang, manusia terlahirnya ada rasa ego. namun,

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. 

kita semua mungkin boleh terus mengingatkan pada pasangan kita seperti yang saya dan tunang lakukan iaitu,

"ceritalah apa saja yang berlaku, jangan pernah simpan kalau apa yang dirasa itu membuatkan hati xtenteram"

hanya kerana menyimpan sedikit rasa tidak puas hati akan menimbulkan masalah yang besar andai terus disimpan dan dipendam. cubalah elak perkara tersebut. insyaAllah. hubungan akan menjadi lebih baik.

rasanya, mukadimah dah panjang sangat kot.

nak balik semula kepada topik asal, insyaAllah tinggal sebulan lebih saja lagi.

beberapa check list telah saya buat untuk Majlis Perkahwinan saya nanti. Syukur sekali lagi pada Allah yang Maha Esa kerana mempermudahkan Majlis yang bakal dijalankan nanti. syukur syukur syukur.

beberapa perkara penting seperti :

Baju Pengantin (Nikah, Malam marhaban, Majlis Resepsi)
Bilik Pengantin
Rumah Pengantin
Gift 
Biskut/Kuih
Kad Kahwin

telah pun selesai dan OTW dibuat. sebenarnya kalau nak terangkan secara terperinci tentang persediaan Majlis memang cukup banyak. apatah lagi dalam keluarga saya dan keluarga tunang adalah anak pertama yang bakal berkahwin. makanya memang tak beri peluang untuk terus rehat doplohpatjam. hokaloh, lama sakan. 


tapi ada juga yang masih belum settle. umi saya memang sangat-sangat excited sampai siap nak buat baju tema keluarga walhal semua tu tak penting. tapi rasanya kain baju pun belum beli lagi. haha. 

Majlis Kahwin saya nanti takde lah besar mana pun. saya rasa cukup simple dan yang penting sekali barakah. 

saya cuba untuk sentiasa selitkan keagamaan dalam Majlis yang bakal dijalankan agar takde perkara yang mana, mungkin mengurangkan keberkatan pada Majlis. 

perkara yang cuba saya elakkan adalah Karaoke, Menari dan yang sewaktu dengannya kerana pada saya perkara yang menjadi keutamaan adalah keberkatan bukannya kemewahan. 

saya mohon pada semua yang membaca, doakanlah kesejahteraan saya dan tunang serta keberkatan Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami nanti iaitu pada 22.3.13 dan Majlis Resepsi pada 24.3.13. Semua dijemput hadir. (:

Assalamualaikum WBT dan salam salam salam ~





Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

Tuesday 22 January 2013

#raikan cinta

Assalamualaikum WBT dan Selamat Malam! skema sangat ayat itu kan? macam berucap pulak.

orait. memalam buta cenggini mula laa otak dan akal bergabung nak buat satu entri yang dah lama saya rasa nak up tapi asyik-asyik lupa. lupa lupa lupa. itu je alasan nak bagi kan? takde alasan lain ke? haa. memang kalau dah tak mampu nak cerna idea dan alasan yang agak munasabah sikit kan? biasa la tu. jawapan budak sekolah dulu-duuulu.

saya rasa dah bebulan-bulan dah tak up up blog ni. bukan rasa lagi memang dah pon. memacam sarang ada. sarang buaya pun ada kot. dah dah. taknak merepek panjang. sooo, jom kita continue cerita tajuk entri tu, mesti ada yang tertanya-tanya kan kan? 

sebenarnya, entri tu bukannya nak cerita pasal mana-mana artis yang cerita cintanya dirai-rai di kaca tv stesyen astro ke apa. cuma, dengan tak malunya saya nak cerita serba sedikit cerita cinta saya dengan tunang saya. tepuk tangan sikit. hakhak. semua buat muka "cehh. ingatkan apa laa"

tak tak tak. bagi saya habis cakap dulu. sebenarnya cerita cinta yang orang semua lalui semuanya berbeza, berbeza waktunya, kejadiannya dan so on la kan.

saya cuma nak berkongsi sebuah kebahagiaan yang saya telah kecapi sekarang ni tanpa perancangan di awal cerita. haa. tak kau faham? maksud saya tu, di awal pertemuan semua tak terancang sehingga lah statusku pada hari ini. oh men. macam tak percaya ja hingga kini. *mata ke atas tangan menaip

nak dipendekkan cerita, korang nak baca ka ni? alah jangan laa close dulu. bagi laa saya peluang cerita yang tak berapa nak sweet ni. hakhak. nanti dah habis baca boleh laa bagi komen entri raikan cinta ni ye. 

jeng jeng jeng

MULA

*ping!

sambil tangan buka chat facebook, theeennn i saw a word "salam. kita kenal ka?"

lahh mamat ni boleh pula dia tanya aku macam tuh? dah dia yang chat kita dulu. dengus aku dalam hati. *sambil-sambil jejari scroll mouse usha facebook dia

"eh. hensem juga laa. good looking juga laa" *sedap hati umi kalau nampak dia ni

haa kau? tetiba aku boleh cakap macam tu pulak kan. seyes, ntah dari mana perkataan tu muncul. 

15minit kemudian, "eraa is typing . . ."

"xkenal maybe"

"awak asal mana?"

"K.K"

"memang orang K.K ek?"

"ya"

haa, macam tu laa punya sombong aku dulu chat dengan mamat ni. tapi seyesly, aku baru putus cinta masa tu, so semua lelaki chat aku tak layan tiba-tiba plak dia nih aku layan. ntah kenapa tapi itu pun macam nak tak nak je kan? btw, sebelum bercinta ka selepas putus cinta ka aku ni memang terkenal dengan sikap SOMBONG tak nak layan chat lelaki. siap dapat makian percuma tau gara-gara tak layan chat lelaki. hish! memang tak patot! *muncung sampai ke hidung

*iklan

satu hari tu, YDP saya chat, bagitau kat saya kalau nak join Program Jelajah 1 Sabah. dengan tak segan silunya saya terus terima. haambekk kau. sebenarnya saya adalah salah seorang Biro Perwakilan Pelajar masa kat Politeknik dulu. sekarang saya dah pencen dah (dah nak graduate). so, masa pegi tu JPP hanya saya sorang je. y lagi 2 orang kawan saya a.k.a student Poli juga.

3 hari selepas kami in program tu, kami dimaklumkan destinasi pertama adalah WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. mata saya terbeliak sakan, rasa minuman yang saya minum nak tersembur keluar pulak. macam tak percaya je. tahu kenapa? sebab mamat tu orang LABUAN! oh my Allah! masa tu boleh pula jantung saya berdegup kencang. 

*tet tet tet!

"Salam. awak buat apa hari ni? sihat? dah makan?"

haa. macam tu laa lebih kurang setiap hari saya dapat mesej dari mamat nih.

actually, nak dipendekkan cerita. masa chat-chat kat facebook dulu, kitorang exchange numb fon sebab masa tu atas alasan saya kan nak gi jelajah. so, nak online sangat pun tak dapat lah. dan you know what. saya rasa sangat sunyi pula kalau tak dapat mesej dari dia. dah tu kalau nak online bukan main excited lagi saya cek mesej dari dia. tak tau la kenapa. tapi rasanya masa tu belum jatuh cinta lagi kot. cuma saya rasa agak senang berkawan dengan dia. dan ofkos dia pun macam tu sebab dia kata,

"boring laa. semua saya mesej tak kena layan kecuali awak. kalau awak tak balas takde la kawan saya mesej"

saya tak pasti la apa maksud yang dia cuba sampaikan tapi paling penting saya IKHLAS berkawan dengan dia. ^^

masa we all dah nak sampai LABUAN sempat lagi on air dengan Sabah FM dan RTM. seronok giler kot masuk TV. hakhak. 

dah sampai Labuan, kitorang kena selesaikan MISI dulu. MISI tu takyah cerita la kan. then, petang tu kitorang kena SENAMROBIK pula kat Padang Merdeka Labuan. mamat tu plak dah tunggu saya dekat 3 jam tau! kesian kat dia. sebab misi we all tu lambat selesai. kitorang sebenarnya tak plan pun nak jumpa. dia plak dah terpacak kat situ tengok kitorang senamrobik. 

tengah-tengah senamrobik tu saya semputtt plak. sebab senamannya tak berhenti-henti 30minit. hambek kau! so, saya pun minta izin kat president nak out dari bersenam tuh. 

then, i check my phone, misscall dari dia berlambak okay. termasuklah mesej. rupanya dia ada kat Padang tu. tak sangka pla dia dah ada kat situ. so, saya ni dari jauh usha-usha laa dia mana 1. ntah macamna tekaan saya tepat mengenai sasaran. boleh pula saya jalan lurus terus sampai kat tempat dia. 

dengan sopan santunnya saya duduk ntah berapa depa jauh dari dia. hakhak. dan kami cuma bercerita ringkas je. saya dah nak undur diri. masa tu rasa MALU sangat. pipi saya pun dah rasa panas semacam. tiba-tiba . . .

"ehh! Kejap!"

*lah apa lagi nii? bisik dalam hati masa tu.

"nah"

"eh apa ni?"

"hadiah. saja-saja nak bagi"

"oh ye ke? thanks" *sambil buat muka comel

saya pun dengan megahnya bawa kotak hadiah tu tempat kitorang berkumpul. pastu, tayang kat kawan-kawan

"yeahh saya dapat coklat!"

dasar tak malu kau ni eraa. hakhak

apa lagi, semua ikut juga nak tengok isi dalam kotak tu.

saya dapat "3 papan coklat (tanda 3 perkataan I LOVE YOU), 1 buah Majalah Agama dan Fesyen Tudung (tanda dia muncul memberikan pengetahuan dan menyampaikan mesej tentang tudung kepada saya), dan 1 botol Ubat (tanda dia muncul sebagai pengubat)"

sebenarnya tanda* tu hanya rekaan semata-mata. :p

3 item tu dah nampak sangat dia tu memang caring dengan saya. sebab apa? sebab dia cakap, kalau saya bosan, saya boleh baca majalah tu. kalau saya sakit, saya boleh pakai ubat tu dan kalau saya lapar, saya boleh makan coklat tu. coklat tu kan coklat kegemaran saya? 

tapi berbeza pula reaksi saya pada masa tu,

"siapa nak coklat? jom kita makan ramai-ramai!"

"angah, angah nak coklat? nah. ambik la satu. eraa ada 2 lagi"

1 coklat lagi saya simpan dan baru 2 minggu lepas saya buang sebab dah rosak. 

korang jangan salah faham, masa tu saya cukup selesa berkawan dengan mamat tu cuma saya belum lagi sampai tahap nak appreciate sangat semua benda yang dia kasih. tapi masa tu, pada saya kalau saya tak share coklat tu ibarat saya ni kedekut la kan? daripada saya kena cakap macam tu plak, lebih baik saya dan kawan-kawan makan ramai-ramai.

tapi korang jangan silap. coklat terakhir tu saya tak makan pun sebab nak simpan buat kenangan. boleh pula macam tu kan? seyesly saya memang simpan baik-baik. sebab itu coklat terakhir yang dia bagi. saya tetap appreciate tau. dan sampai sekarang botol ubat yang dia kasih pun saya masih simpan baik-baik dan masih penuh walaupun kecik molek.


HAMPIR PADA KLIMAKS CERITA

"Salam awak. saya sebenarnya nak bagitau kat awak yang saya taknak berharap dan diberi harapan. saya pun taknak bercinta-cinta lagi. kalau boleh, kalau dah ada orang suka kat saya, saya nak kahwin terus je. saya nak dia jumpa makbapak saya minta restu. tak nak cinta-cinta lagi. lepas nikah baru bercinta."

ntah berapa kali saya cakap macam tu kat dia. bukan nak pancing dia ka apa. cuma nak bagi dia faham saya dah serik bercinta masa tu.

nak dijadikan cerita, saya masih cakap hal tu kat dia. tiba-tiba dia cakap

"okay saya serius dengan awak"

masa tu saya terkejut mengalahkan beruk mengamuk tau tak? saya tak imagine pun dia nak jawab soalan saya tu dengan jawapan yang macam tu punya sempoi.

saya pun dengan selamba jawab "okay, datang lah jumpa makbapak saya minta restu"

kononnya nak mendapat keyakinan daripada jawapan dia tadi

dia jawab "okay. nanti bagitau kat makbapak awak ye?"

masa tu saya dah menggelabah macam siput kena garam. mati akal. tak tahu nak cakap macamna kat umi dan abah.

so, masa dah nak dekat raya tu, saya ikutlah umi dan abah gi masjid Qiamullail. lepas je habis Qiam, dalam hati kata "nak cakap ke tidak? cakap ke tidak? kalau xcakap nanti apa plak kata mamat tu. nanti dia ingat aku ni buat ayat propaganda je". kereta park je depan rumah. lidah dah kelu. tapi ku gagahi jua menyampaikan hasrat dengan menyusun ayat dengan rapinya.

"Umi, Abah, saya ada sorang kawan ni. dia dah kerja, dah ada duit nak datang jumpa umi dengan abah. erk, tapi kami tak couple."

"ahh. suruh je dia datang rumah"

"haa? ohh. okay raya ke-3 k?

"okay"

masa tu dalam hati "HUREYYYYYY!!"

lepas tu saya terus text dia cepat-cepat "awak, datang rumah raya ke-3 okay?"

dengan selamba dia jawab "okay"

"jangan lupa minta izin dengan makbapak awak pulak ye?"

"okay"

SEBELUM PUNCAK CERITA

dengan semangatnya dia bangun awal hari tu. keluarga saya pulak dah bangun awal menunggu kehadiran tetamu istimewa. hakhak. kat rumah busy gila mengemas. pastu, umi plak bangun awal tanya nak masak apa, saya jawab "NASI MINYAK". haa kau? macam nak kahwin pulak kan?

saya pun dah bersiap awal. mandi awal. hari tu kiranya saya dengan adik je jemput dia kat pelabuhan. tapi tak sangka pula abah lebih excited dari saya. abah dah siap dengan baju melayu. saya agak kaget disitu sambil tanya soalan cepumas,

"abah pun ikut?" 

"ya lah"

"oh. okay" *sambil garu kepala yang tak miang

you know what? dia dah siap pakai baju dan bawa beg nak jalan baru dia bagitau kat makbapak dia yang dia gentlemen datang rumah anak dara orang gi jumpa makbapak dia.

hapa lagi, terkejutlah makbapak dia dapat tau anak dia kemain lagi kan gentlemen macam tu. tapi syukurlah makbapak dia tak halang dia pun siap bawakan buahtangan lagi untuk family kitorang.

nak dijadikan cerita, masa nak jemput dia di pelabuhan adik saya siap ketawa kan saya tak henti-henti sebab saya cakap saya tak ingat muka dia. apa tak nya, saya dengan dia baru sekali jumpa. tu pun 5 minit je perjumpaan kali pertama tu. simpan gambar dia? memang takde lagi masa tu. hakhak

nasib dia habak kat saya yang dia wear baju warna coklat. itu pun masih lagi cam tak cam je masa dia jalan menghampiri saya. dupdapdupdap jantung i tau.

dia memang sopan. jumpa abah terus salam dan bawa cerita. suka sangat. masa tu baru lah saya terpikat dengan dia. 

lepas jumpa umi dan abah, dia bagitau yang dia nak TUNANG dengan saya. huhu. terharu sangat T.T 

oh my Allah! rasa nak gugur jantung ni. air mata pun nak meleleh.

so, saya minta la pendapat umi dan abah. umi abah memang dah sah-sah setuju dari respon umi dan abah pasal dia dah tau. asyik-asyik tanya pasal dia ja masa tu.

masa dia balik rumah, mak, babah, adik dan pakcik-pakcik dia kerumun dia tanya pasal keluarga saya dan layanan kitorang sekeluarga. kemain excited kan? macam tu la happen dengan keluarga saya juga. 

so, dia pun sampaikan hasrat nak BERTUNANG dengan saya kepada makbapak dia. makbapak dia, awalnya tak setuju sebab belum jumpa saya lagi. so, mereka sekeluarga pun tetapkan tarikh nak merisik saya dulu tanpa makbapak saya. ye lah manalah tau kan saya ni tak berkenan di hati makbapak dia. saya ni dah lah kuat ketawa. takut pulak kena reject. hakhak 

so, masa hari kena risik tu, makbapak dia minta izin dengan umi abah saya nak bawa saya keluar jenjalan hari tu.

kitorang pun stay lah kat tepi laut picnik dengan family dia. cepat je saya ramah dengan makbapak dia sebab saya rasa keluarga dia sangat AWESOME! baik sangat! lepas picnik tu makbapak dia cakap nak terus jumpa umi dan abah saya. saya terkejut juga sebab awal tu mereka kata nak jumpa saya dulu. mungkin dihati dah berkenan untuk dijadikan calon menantu kot. hikhik *tersipu-sipu malu 

tapi hari tu memang umi dan abah sangat busy sebab hari tu adalah HARI PENGIJAZAHAN PERUBATAN DARUL SYIFA' mereka. tapi abah tetap cari masa sesuai untuk jumpa makbapak dia dan keluarga dia.

so, kami jumpa lah kat KFC Karamunsing K.K sebab Majlis umi dan abah tu kat sebelah bangunan tu je. di Dewan SESB. 

nak dipendekkan cerita, keluarga dia bersetuju nak hantar rombongan meminang untuk bertunang nanti. dan nak kena tetapkan tarikh dan masa je lagi.

Masa tu macam tak caya je yang saya dah nak kena pinang. "eh betul ke mimpi ni?"

Syukur Alhamdulillah, kitorang selamat diikat tali pertunangan pada 1.12.2012 iaitu bersamaan dengan Tarikh Hari Lahir tunang saya. 





InsyaAllah, kami akan diijabkabulkan pada 22.3.13 bersamaan hari Jumaat di Kampung Indai Baru, Tuaran.


dengan itu bersama-samalah raikan cinta saya pada 24.3.13 nanti di Kampung Indai Baru, Tuaran, Sabah dan majlis pengantin lelaki pula pada 31.3.13 di Kampung Bebuloh Laut, W.P Labuan.







SEMUA DIJEMPUT HADIR ^^

* mohon doakan kepanjangan jodoh dan kebahagiaan kami hingga ke hujung nyawa, diberikan zuriat soleh solehah, sempurna akal serta sihat dalaman dan fizikal, diperluaskan rezeki kami dan terus berjalan dijalan yang diredhai Allah SWT serta mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. TINGGALKANLAH KOMEN SEPATAH DUA ^^
Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(: