kawan eraa

Wednesday 8 August 2012

*** tiga yang aku CINTA

sedari aku kecil, engkau pimpin tanganku ketika aku bertatih untuk berjalan.

agar aku tidak jatuh dan menangis kepedihan. 
Ya Allah! beruntungnya aku!

apabila aku menangis kelaparan, engkau berikan 
air susumu buatku dengan penuh kasih sayang.
Sungguh aku beruntung!

lalu, kau berikan aku pelajaran yang engkau 
yakin satu hari nanti balasan kejayaan daripada 
anakmu ini akan diberikan.

kau besarkan anakmu dengan penuh kasih sayang 
walau engkau di dalam kepayahan.
bertuahnya aku!

Pernah sekali, aku berdiri di sebalik dedaun pintu 
lalu terlihat engkau menangis untuk meneruskan 
hidup dalam kesusahan. 

engkau lap air matamu agar anakmu ini tidak tahu 
akan kesusahan yang engkau hadapi.

kau teruskan hidup di dalam tangisan. 
sungguh engkau tidak pernah mengeluh!

kepayahan demi kepayahan engkau lalui. 
aku susuri dari belakangmu dengan penuh kesetiaan.
lalu aku pelajari erti pengorbanan.

kesusahanmu kau buktikan dengan kejayaan. 
engkau menyambung pelajaranmu hingga ke peringkat Master.
engkau miliki segala yang ingin kau kecapi 
aku melihat dan belajar erti ketegaran hidup.

tulus ingin aku katakan engkaulah IDOLA hidupku!
akan aku buktikan balasan kejayaan dariku buatmu! 

sekalipun, pandanglah walau sedikit agar 
engkau tahu dan menerima akan kenyataan.
meredhai akan takdir ilahi.

*** tiga yang aku CINTA
UNTUK MU IBU (UMI)

ampunkan aku umi.

aku titipkan coretan ini agar engkau tahu 
kasihku seluas lautan tak bertepi dan setinggi langit tiada penghujungnya.  


khas buat umi tercinta,
Azizah bt Salleh <3

:'(







Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

No comments: