kawan eraa

Wednesday 8 August 2012

*** tiga yang aku CINTA

sedari aku kecil, engkau pimpin tanganku ketika aku bertatih untuk berjalan.
agar aku tidak jatuh dan menangis kepedihan. 
Ya Allah! beruntungnya aku!

apabila aku menangis kelaparan, engkau berikan 
air susumu buatku dengan penuh kasih sayang.
Sungguh aku beruntung!

lalu, kau berikan aku pelajaran yang engkau 
yakin satu hari nanti balasan kejayaan daripada 
anakmu ini akan diberikan.

kau besarkan anakmu dengan penuh kasih sayang 
walau engkau di dalam kepayahan.
bertuahnya aku!

Pernah sekali, aku berdiri di sebalik dedaun pintu 
lalu terlihat engkau menangis untuk meneruskan 
hidup dalam kesusahan. 

engkau lap air matamu agar anakmu ini tidak tahu 
akan kesusahan yang engkau hadapi.

kau teruskan hidup di dalam tangisan. 
sungguh engkau tidak pernah mengeluh!

kepayahan demi kepayahan engkau lalui. 
aku susuri dari belakangmu dengan penuh kesetiaan.
lalu aku pelajari erti pengorbanan.

kesusahanmu kau buktikan dengan kejayaan. 
engkau menyambung pelajaranmu hingga ke peringkat Master.
engkau miliki segala yang ingin kau kecapi 
aku melihat dan belajar erti ketegaran hidup.

tulus ingin aku katakan engkaulah IDOLA hidupku!
akan aku buktikan balasan kejayaan dariku buatmu! 

sekalipun, pandanglah walau sedikit agar 
engkau tahu dan menerima akan kenyataan.
meredhai akan takdir ilahi.

*** tiga yang aku CINTA
UNTUK MU IBU (UMI)

ampunkan aku umi.

aku titipkan coretan ini agar engkau tahu 
kasihku seluas lautan tak bertepi dan setinggi langit tiada penghujungnya.  


khas buat umi tercinta,
Azizah bt Salleh <3

:'(







Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

Saturday 4 August 2012

andai aku BATU KONKRIT !

yaa. aku mahu menjadi seperti batu konkrit. yang kuat. yang kukuh. yang tidak dapat ditembusi apa-apa. adakah aku mampu? sudah tentu tidak. tidak pada saat ini. mata dilinangi air yang tidak tahu dari mana puncanya. kalau aku boleh jadi sekuat BATU KONKRIT. mungkin aku redah semua ini dengan mudah.

tapi siapa aku? aku cuma manusia biasa. yang pasti ditolak juga jatuh. dicubit juga sakit. dipukul juga menjerit. bagaimana dengan hati? hati tidak punya mulut untuk menjerit. tidak punya tangan untuk memberikan tindakbalas. ia berada jauh di dalam menelaah anggota badan kita & tiada siapa tahu akan bentuknya pada saat ini.

bila aku kenang segala kata-kata itu, aku menangis. aku bertanya pada diri. sampai bilakah tangisan ini akan kering? kadang kala, apabila aku dalam kegembiraan. aku mulai teringat. lalu, aku menyorok dibalik selimut. ak rembeskan semahu-mahunya segala perit yang aku rasa. syukurlah mereka tidak mendengarnya.

aku bangun dari tidurku, aku lihat sang setiaku, tiada satu pun khabar yang aku terima. aku menunggu. terus menunggu. punah tiada.

adakah mereka lupa pada ku? kalau ada yang mahu memahamiku saat ini. aku perlukan satu pelukan semangat. kerana semangatku telah jauh terbang di atas sana. ingin aku gapai semula tapi tenagaku bagai telefon bimbit yang telah kehabisan bateri.

adakah kamu sudah lupa akan kewujudan ku? atau aku telah lenyap dalam ingatan kamu.

hari-hariku saat ini penuh luka. tiada siapa cuba memahaminya. hanya aku. aku dan cuma aku. kerana aku yang menghadapinya.

kadang kala, aku menekan pada perkataan CUKUP

pemberian apa lagi yang aku perlu berikan. setelah aku berikan kebanggaan buat kamu. ia umpama kertas kosong tidak bermakna. adakah itu masih tidak cukup?

aku dilayan layak seperti kain buruk. walau ia dicuci. ia tetap hodoh.

perlukah aku pergi? pergi menjauh. jauh dari segalanya. jauh dari masalah ini?

Ya Allah. aku tidak kuat untuk terus mencoretkan hari-hariku dengan kehibaan. aku mohon berilah aku jalan :'(

kiranya kalian membaca, aku ingin katakan. tiada CINTA yang lebih agung, tiada CINTA yang luar biasa selain CINTA aku pada kalian. CINTA darah yang mengalir sama.

aku hanya minta untuk difahami. lebih baik masa itu terundur semula agar saat ini kalian merasa bahagia & aku tidak merasa apa-apa.

siapa yang telah mengerti, pastinya dia tahu apa yang terjadi. walau hanya dibalik kata-kata yang tersembunyi isi pentingnya.

benarkan saya pergi jika saya tidak diterima. :'(
Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

DIA

Assalamualaikum WBT. salam perpaduan. salam 1 Malaysai *okay. agak over kan? = =

hari ini aku nak guna pengganti nama sebagai saya. *sopan sikit

kalau saya tengok blog orang lain. kemain g update selalu kan? bukan mcm saya nih. hasil tadakk habuk banyak. okayy, saya tamao banyak-banyak cakap, direct to the point pasal tajuk entry "DIA"

haa, banyak sangat dan sangat banyak orang tanya kat saya, " eraa kau ada boifren? " " mesti ada kan? ", bila saya jawab takde. mereka-mereka ni akan cakap " ahh tipuuuulaah! "

okayy, saya penat untuk berkata benar. _ _" terpaksala juga kadang-kadang cakap ADA baru mereka-mereka ni puas hati. HORREEYYY!! *sangat = =

" ish perlu ka BOIFREN tuh sekarang ni? " sebenarnya jawapan saya TIDAK. yaaa. saya tahu ada di kalangan awak-awak semua akan cakap PERLU.

saya xnafikan laa yang boifren tu kadang-kadang ada baiknya juga tapi lebih kepada ke arah keburukan kan? asalkan korang semua pandai jaga diri, maybe BAIK lah jawapannya untuk korang.

tapi kan tapi kan, saya rasa KAWAN tu lagi better dari BOIFREN. saya nak bagi 1 nasihat yang berguna kepada saya juga korang semua. nasihat ni dari kaka angkat tersayang saya yang berada kat LAHAD DATU, Sabah sekarang ni. missyou kakk miera. :'(

kaka selalu nasihat saya, dia kata " dikk, kalau ada orang suka adik, adik jangan bercinta dengan dia. adik cakap kat dia kalau dia betul-betul serius kat adik, suruh dia datang rumah masuk meminang. adik jangan rancang apa-apa pun dengan dia kalau dia setuju. nanti adik yang sakit sebab berharap "

okk, saya patuh & serius sangat, saya xnak bercinta buat masa ni. yaa. memang x d nafikan apa yang kita kata hari ni xmenjamin apa yang berlaku akan datang. saya hanya mampu berkata TIDAK untuk bercinta hari ini tapi siapa tahu Allah SWT bukakan pintu hati saya pada hari esok. jadi, saya tidak pula terlalu menegaskan tentang hal tu tidak pula mengambil ringan ye. insyaAllah saya cuba berpegang kepada kata-kata.

bila suda sampai masanya, mungkin jemputan kahwin akan dipaparkan di sini. jemputlah datang ye. hehehe. *gurau jee

" DIA yang saya tunggu sang SUAMI yang akan menerima apa adanya saya, menyayangi saya dengan sepenuh hatinya, menjaga saya di kala saya sakit dan memerlukan "

DIA lah sang HALAL saya.



okayy. saya hanya buat-buat ekspresi muka yang over. sekian :D




Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(: