kawan eraa

Friday 1 February 2013

#bermimpi di dunia nyata itu NOT IMPOSSIBLE!

Assalamualaikum somuaaa!

tajuk entri kali ni sangat sangat dan sangat lagi sekali membuatkan diri saya SUPERDUPER EXCITED. silakan menyampah awal-awal sebab saya nak merepek benda yang mungkin menyampah sekarang tapi bermanfaat buat somuaaa. kenapa saya yakin sangat ya? sebab Allah SWT sentiasa bersama saya dalam setiap perkara yang saya lakukan. dan itu BETUL!

btw, somuuaaa orang punya impian kan?

impian itu bak kata kamus dewan saya BERMIMPI. mimpi tu kan sesuatu yang kadang-kadang tak terjangkau dek fikiran. dan sudah pasti kita akan katakan MUSTAHIL untuk jadi di dunia nyata. mungkin baru semalam kita mimpi kahwin dengan ANAK RAJA. awesome sangat! siap senyum-senyum masa tidur? boleh tak kita jadikan impian kita seperti bermimpi berkahwin dengan ANAK RAJA? atau paling tidak,

nak memiliki MERCEDES. (boleh ke?)
nak memiliki BANGLO 10 tingkat. (boleh ke? banyak lah kau punya angan-angan!)
nak duit berjuta-juta dalam tangan. (boleh ke? impian macam bodoh je!)

dan paling tidak pun,

"saya ingin menunaikan HAJI bersama UMI, ABAH, dan SUAMI. dan paling tidak menunaikan HAJI BERSAMA SEKELUARGA dengan menggunakan *duit saya* sendiri."

dan jawapan untuk soalan di atas, BOLEH!

"awak gile ke eraa?"

"saya yakin kerana TIDAK ADA YANG MUSTAHIL."

segala perubahan dalam diri kita tu terserah pada diri kita sendiri. jika kita RAJIN dan BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH. segala impian kita pasti akan tercapai!

tak perlulah kaya sehingga mampu memiliki seluruh benda termahal di dunia. tetapi mungkin saja menjadi DERMAWAN SENYAP.




harta dunia tentunya kita xmampu bawa hingga ke liang lahad. tetapi segala amalan yang kita lakukan terutamanya BERSEDEKAH sehingga ke akhirat sana sebagai hitungannya. malah, bersedekah itu mampu melipatgandakan lagi rezeki kita pada hari ini.

dan itulah yang menjadi salah satu impian yang seharusnya ada dalam diri kita.

tetapkanlah nawaitu kita hari ni bahawa ;

SAYA NAK KAYA KERANA ALLAH SWT. JOM JADI KAYA! (:



Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

Wednesday 30 January 2013

#cerita dengan blog lagi bagus

Assalamualaikum? hai hai hai semua!

happynyaaaaa hari ni. tak tau kenapa happy sangat. selalunya kalau kita happy mesti nak share dengan semua orang kan? apa lagi dengan orang yang kita sayang. mesti meleter panjang cerita ntah apa-apa yang seronok sangat kita nak cerita kan? kemain eksaited lagi. saya tau ramai di kalangan kita ni, happy ke sedih ke semua nak share facebook, blog, twitter, friendster, mungkin Vlog dan semua semua y sewaktu dengannya.

macam saya juga. tapi saya lagi proper cerita semua perkara dengan tunang. well, masa ni memang masa kitorang nak saling memahami diri masing-masing dengan berkongsi bermacam cerita. kadang-kadang cerita yang tak berapa nak seronok pun nak cerita juga. hehe.

macam-maciaamm situasi orang pompuan bila nak bercerita dengan boify ke tunang ke atau mungkin laki ke. maciaaamm ;

"abanggg, abg tau tadikan sayang kan pegi jalan-jalan, sayang nampak tudung sayang beli, sayang nampak baju sayang beli. sayang nampak beg sayang beli, sayang nampak kasut sayang beli" -pergh. nampak sangat materialistik. semua nak beli. kalau jadi isteri mampuih. hahaha

"abanggg, tadikan tadikan sayang kentut" -pergh. ini dah over. semua nak cerita. jujur sangat. hahaha

"abanggg, abg tadi sayang jalan-jalan sayang nampak orang minta sedekah, sayang taknak bagi sebab poyooo je semua tu" -ceh. ni lagi satu kedekut haji bakhil. dah taknak sedekah menghina pula.

"abanggg, abg tadikan sayang beli kipas warna warni ni.


comel tak? ada comel macam sayang tak? mestilah kan?" -tak leh blah. hahaha

dan ada juga, yang macam ni ...

"abanggg, abang tadikan sayang jalan, sayang beli barang, lepastu sayang singgah sini, singgah sana, kaka tu cakap macam ni 'bla bla bla', sayang cakap macam ni 'bla bla bla', lepas tu, *ketawa sendiri* sayang terjumpa kawan sayang. apa lagi kitorang pun pegi sana pegi sini, *senyum* tapi jangan jeles tau, kawan sayang tu perempuan juga. abang? abang? abang? ABANGGG?!!!!"

"HAAA?! ABANG TIDUR???!!!"

boleh pula dia tidur sambil hisap jari.




penat sayang cerita. rupanya abg dah nyenyak dilamun mimpi. cerita dengan blog lagi bagus. SEDIH.

btw, Selamat Malam abang.




Read more...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(: