kawan eraa

Wednesday 30 January 2013

#weeding preparation

Assalamualaikum WBT dan salam salam salam ~

rasa penat sangat. semalam baru lepas 'renovate' blog ni. kemain lagi bersengkang mata. lepas subuh je terus buat entri baru. hokaloh. 

siapa yang pernah baca entri saya sebelum ni mungkin dah tau yang saya dah dilamar orang. dan sekarang dah diikat orang dan dan dan bakal menjadi isteri orang. maka dengan itu, hari-hari selepas pertunangan saaaaangat-sangat sibuk. memandangkan saya juga sibuk dengan bisnes sendiri. namun saya juga tak pernah abaikan tanggungjawab yang bakal saya pikul sebulan setengah dari sekarang. 

syukur Alhamdulillah. Allah SWT tidak pernah putus memberikan rezeki buat diri ini. *penuh kesyukuran. 

saya rasa baru semalam kenal dengan tunang. tuptup tak lama lagi status saya bertukar married. saya pun dah macam kawan-kawan saya,

"eraa, macam xcaya je kawan aku ni bakal jadi isteri orang tak lama lagi"
"eraa, sampai sekarang aku masih xcaya kau ni tunang orang"

lebih kurang macam tu la kawan-kawan asyik cakap kat saya. saya baru habis study bulan 11, 2012. so, mungkin kerana itu lah kawan-kawan masih tak percaya. apatah lagi saya dengan tunang tidak pernah bercinta sebelum diikat. tiba-tiba dah nak kahwin. syukur ke hadrat Ilahi. saya yakin dengan keputusan untuk mendirikan rumahtangga ini dan saya yakin jalan yang Allah tunjukkan ini adalah jalan terbaik buat diri ini.

Alhamdulillah, baru selesai memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar, sebagai seorang ketua pelajar juga, dan tak lama lagi bakal memikul tanggungjawab baru yang tentunya pada saya satu cabaran yang sangat getir untuk dilalui. siapa kata bertunang tu best? memang. tapi kena kuat dari segala segi. kena tahan tomahan orang. kena sabar dengan jarak pemisah. macam saya dengan tunang terpisah dek laut china selatan. 

saya tak tau apa yang tunang saya buat secara detailnya. so, saya cuba untuk memahami dia. dan memahami tu adalah benda yang paling sukar kalau kita takde rasa nak bertolak ansur langsung. Alhamdulillah, cabaran itu dapat kami atasi. walaupun kesalahan sekecil zarah, jangan lupa untuk saling maaf memaafi. itulah yang sering saya dan tunang lakukan. maaf dan memaafi. 

sedikit tips dalam hubungan, saya mohon sangat-sangat khasnya pada wanita di luar sana yang bakal mendirikan rumahtangga dan telah berumahtangga, bertolak ansur lah dalam semua perkara. memang, manusia terlahirnya ada rasa ego. namun,

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. 

kita semua mungkin boleh terus mengingatkan pada pasangan kita seperti yang saya dan tunang lakukan iaitu,

"ceritalah apa saja yang berlaku, jangan pernah simpan kalau apa yang dirasa itu membuatkan hati xtenteram"

hanya kerana menyimpan sedikit rasa tidak puas hati akan menimbulkan masalah yang besar andai terus disimpan dan dipendam. cubalah elak perkara tersebut. insyaAllah. hubungan akan menjadi lebih baik.

rasanya, mukadimah dah panjang sangat kot.

nak balik semula kepada topik asal, insyaAllah tinggal sebulan lebih saja lagi.

beberapa check list telah saya buat untuk Majlis Perkahwinan saya nanti. Syukur sekali lagi pada Allah yang Maha Esa kerana mempermudahkan Majlis yang bakal dijalankan nanti. syukur syukur syukur.

beberapa perkara penting seperti :

Baju Pengantin (Nikah, Malam marhaban, Majlis Resepsi)
Bilik Pengantin
Rumah Pengantin
Gift 
Biskut/Kuih
Kad Kahwin

telah pun selesai dan OTW dibuat. sebenarnya kalau nak terangkan secara terperinci tentang persediaan Majlis memang cukup banyak. apatah lagi dalam keluarga saya dan keluarga tunang adalah anak pertama yang bakal berkahwin. makanya memang tak beri peluang untuk terus rehat doplohpatjam. hokaloh, lama sakan. 


tapi ada juga yang masih belum settle. umi saya memang sangat-sangat excited sampai siap nak buat baju tema keluarga walhal semua tu tak penting. tapi rasanya kain baju pun belum beli lagi. haha. 

Majlis Kahwin saya nanti takde lah besar mana pun. saya rasa cukup simple dan yang penting sekali barakah. 

saya cuba untuk sentiasa selitkan keagamaan dalam Majlis yang bakal dijalankan agar takde perkara yang mana, mungkin mengurangkan keberkatan pada Majlis. 

perkara yang cuba saya elakkan adalah Karaoke, Menari dan yang sewaktu dengannya kerana pada saya perkara yang menjadi keutamaan adalah keberkatan bukannya kemewahan. 

saya mohon pada semua yang membaca, doakanlah kesejahteraan saya dan tunang serta keberkatan Majlis Pernikahan dan Perkahwinan kami nanti iaitu pada 22.3.13 dan Majlis Resepsi pada 24.3.13. Semua dijemput hadir. (:

Assalamualaikum WBT dan salam salam salam ~





Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

No comments: