kawan eraa

Wednesday 2 May 2012

JODOH

toktoktok !assalamualaikum ?
wahh .dah berhabuk sakan blog saya ni d sebabkan dah berbulan-bulan tak hapdate .fuh !fuh !

sesungguhnya dengan kesibukan belajar buat saya malas nak hapdate blog apatah lagi segala idea yang tercerna digunakan 100% untuk belajar .wahh ~macam rajin je saya belajar kan ?hikhik

semester ni memang busy sampai tercungap-cungap tau .kena banyak main peranan bila dah memegang jawatan .berbagai macam lagi benda yang kena buat sekali gus .terlari-lari macam jagohan baton je urus memacam .apa pun syukur alhamdulillah ,tiap apa yang telah Allah SWT sediakan untuk kita tu kan semuanya ada hikmah .walaupun saya rasa naik fed-up dengan kehidupan baru saya ni .alhamdulillah ,banyak yang telah saya belajar apatah lagi ramai kawan-kawan disisi saya yang membantu saya menyambung semula semangat saya yang dah terputus-putus .tu diaa ~yakin sangat saya berkata-kata kan ?saya masih ingat lagi sampai ke hembusan nafas saat ni ayat yang membangkitkan semangat saya



 okay .saya tak boleh putus asa !go eraa go ~
 *hehe .sempat lagi ~*

OKAY ,

ce scroll atas balik tengok tajuk entry .rasa hangat-hangat tahi ayam je nak berbicara soal ni .ops !hehe .


sememangnya jodoh ni sukar diramalkan kan ?pernah 1 soalan diajukan kepada kawan saya berkenaan dengan jodoh ;
*penama dibawah adalah rekaan semata-mata*

zarah : milah .kalau jodoh kita datang awal ,awak rasa ok tak ?

milah : saya rasa ,takde masalah awak nak cuba sebab Allah SWT datangkan jodoh untuk kita daripada pelbagai cara dan bila-bila masa je .siapa tahu ,kalau awak tolak yang datang sekarang ,takkan ada lagi datang dikemudian hari .

**************

saya sendiri pernah baca sebuah novel .macam yang korang sedia maklumlah kan novel ni kebanyakannya terdiri daripada kisah-kisah cinta .so ,memang tak lari sangatlah part-part jodoh ni kan .pendapat yang sama saya jumpa daripada novel tersebut daripada apa yang kawan saya katakan .

"TAK SALAH MENCUBA"


nak cakap pasal jodoh ni memang susah kan ?sebab jodoh ni hanya tuhan yang maha mengetahui .tertulis sudah di luhmahfuz siapa dia jodoh kita nanti .ada jodoh datang awal ,ada jodoh datang lambat .berbagai-bagai macam kita jumpa pasangan yang bertemu jodoh bagaimana mereka dipertemukan dan akhirnya disatukan dengan lafaz akad nikah .*alhamdulillah .moga hingga hujung nyawa pada siapa yang dah kahwin tu ye*

beberapa hari ni saya jenguk-jenguk uncle YOUTUBE pasal majlis-majlis perkahwinan .senyum kambing bagai nak rak je kalau dah tengok .best je tengok orang dah kahwin kan ?lalu saya segera berangan-angan .hehe .kalau kawan-kawan tau sah-sah la kan kena ejek siap diketawakan lagi .padahal ,belum sampai seru lagi ponn .Boify pon takde lagi .*eh .ada plak seru kan ?hihi*

mesti biasa dengarkan

"PEREMPUAN yang baik untuk LELAKI yang baik .PEREMPUAN jahat untuk LELAKI jahat"

sesungguhnya Allah SWT itu maha adil .dia sediakan kita orang yang setimpal dengan kita .segala perbuatan jahat kita dibalas dengan jahat .segala perbuatan baik juga dibalas dengan kebaikan dari-NYA sama juga seadilnya yang dibuat untuk JODOH kita .bukan senang nak dapat LELAKI yang baik .bukan senang juga nak dapat WANITA yang baik .kenalah berbalik semula pada diri kita .cermin semula diri kita .kerana itulah janji Allah pada kita .kalau kita dah buat yang terbaik perbanyakkanlah berdoa .insyaALLAH berkat usaha kita ,mudah-mudahan kita mendapat jodoh yang baik-baik .amin :)

renungi ayat dibawah :

"carilah pasangan hidup yang kamu PERLUKAN bukan yang kamu INGINKAN"

mendalam maksudnya tu kan ?keinginan tu kan biasanya SEKEJAP .tetapi keperluan tu dengan kata lain BERGANTUNG .sama seperti pakaian ,kita mahukan pakaian yang cantik-cantik tapi kita gunakan cuma sekejap dan tidak pula selalu .berbeza dengan air ,kita sentiasa perlukan air untuk terus hidup .maka dengan itu ,carilah pasangan yang kita perlukan dikala kita susah ,kita sakit dan sentiasa ada bersama kita dalam susah mahupun senang .insyaALLAH yang kita perlukan itu akan kekal bersama kita hingga hujung nyawa .amin .

**************

Ustaz Don & Ustaz Azhar Idrus .pergh ~ idol saya .saya suka intip-intip ceramah-ceramah ustaz-ustaz kesayangan saya ni tak kiralah tanya Abang GOOGLE mahupun Uncle YOUTUBE juga Encik FACEBOOK .best sangat .mereka jugalah sumber inspirasi saya untuk hapdate blog ni .saya nak kongsi pesanan ustaz Azhar Idrus kepada golongan adam diluar sana mahupun yang tengah terkelip-kelip membaca blog saya pada saat ini .

PESANAN USTAZ AZHAR IDRUS :

1. jangan pikat perempuan kalau mu tak bersedia cintakan dia
2. jangan buat perempuan jatuh cinta kalau mu tak cintakan dia
3. jangan beri perempuan harapan kalau mu tak pasti
4. jangan sakitkan hati perempuan kalau mu takde hati untuknya
5. jangan mainkan perasaan perempuan kalau mu takde perasaan untuknya
6. HARAM perempuan itu dijadikan kekasih tapi takde niat nikahinya


sekian saja celoteh saya .
wassalam .
jumpa lagi !



Terima Kasih kerana sudi membaca. Tinggalkanlah jejak untuk saya jejaki semula.(:

1 comment:

Mohd Shahrizan said...

beh !
patutla tnya pasal kawin td.
rupanya ~
mau kawin da ra? :D