huh. again. memang suda agak lama x update.
eraa betol-betol busy
huhu. dah tak ley ngorat dah. wuwu. :p
seyesly. memang kepala berserabut
eraa tunang lagi lebih kurang 3 minggu. subhanaALLAH. eraa nak prepare untuk final exam. eraa nak prepare untuk tunang lagi. kerana memikirkan ini semua. bertenggek pula encik jerawat dimuka nih. huhuhu.
btw, Alhamdulillah. eraa sebenarnya dah cari masa y sesuai untuk beli barang-barang tunang. dah beli dah semua. kecuali makanan xtahan lama tu. memang belum buat & beli lagi kot. macam kek & puding. rasanya kek tu beli je kot & puding tu nak buat sendiri nanti. hehe.
hari-hari berkesempatan nih, eraa belek-belek lah encik google. belajar apa yang patut before nak tunang. terutama adab bertunang. actually, eraa dgn bakal tunang pun tak rapat macam pasangan bercinta kat luar tuh haa.
kitorang baru jumpa 3x dah decide tunang. wewee~ hehe
PERJUMPAAN 1 : dia duduk jauh sangat dari kita. perjumpaan tu 5 minit je. (sebab segan kot)
PERJUMPAAN 2 : dia jumpa abah & umi kita. (terharu T.T)
PERJUMPAAN 3 : keluarga dia risik kita.
so, PERJUMPAAN 4 nih ofkos la masa tunang nanti.
ingat lagi waktu dia g beli cincin untuk tunang nanti,
"sayanggg, saiz cincin 13 kan?"
"a'ah. betul la tu."
"betul ek? mcm tak caya jee. bukan 13.5 ke?"
"laa. xpecaya sudah. kan dah g sama-sama try cincin hari tu ngan mama" (dalam hati geram sbb dia tak caya. huhu)
"yelaa. macamna nak caya kalo kita pun tak pernah pegang tangan awak"
hehe. memang dia tak pernah pegang tangan kita pun. kita jumpa kejap je. kita banyak kenal hati budi melalui telefon je.
eraa tunang nanti simple je. keluarga dia datang sini siap 4 buah kereta. eraa tak tau nak bagi dorang duduk mana sbb rumah kecik je. rumah kampung dah takde orang duduk. so, buat kat rumah sendiri. rumah apartment. keluarga pun hanya y paling terdekat je kot dapat jemput.
harap-harap semua berjalan dengan lancar la nanti. eraa hari-hari fikir pasal hari pertunangan nih. nervous bagai nak rak. hanya orang y dah nak tunang je akan faham perasaan nih. aww
okayy. beberapa checklist eraa dah prepare:
/ Kain baju tunang
/ Perhiasan hantaran
/ Barang hantaran
/ Makanan (masak sendiri)
X Jahit baju tunang (nih nak minta makcik y jahitkan nanti)
X Wakil
X Andaman
X Gubahan hantaran
* eraa tak buat grand-grand pun sbb
duit tunang eraa guna duit sendiri. taknak susahkan makbapak dalam
urusan kewangan. so, sekarang nih. hanya tinggal beberapa je lagi belum
settle. abah belum g jumpa wakil g. abah kata, next week masa kazen eraa
kawen. insyaALLAH.
doakan untuk eraa ek? thanks :)
kepada y nak tunang tu, eraa pun
sama-sama nak nasihat supaya selagi kita masih belum bernikah kita kena
masih tetap jaga batas kita. 1 lagi, kalau nak tunang tu jangan laa
lama-lama. banyak masalah y akan timbul. hopefully, eraa pun tak nak
tunang lama-lama. insyaAllah. bulan 3 nanti. apa pun, tarikh nikah tu
akan ditetapkan masa tunang nanti. tapi keluarga sebelah menyebelah dah
tau dah tarikh kitorang nak nikah. hehe :)
diakhiri contengan ringkas ini dengan Alhamdulillah. Syukran. Salam :)
Read more...